Khamis, 27 Disember 2012


                                        



Lihatlah betapa pembohongnya pakatan. Sebagai modal untuk memburuk-burukkan umno, mereka mencipta idea bodoh kononnya umno ganas. Entah siapa yang mencetuskan idea bodoh ini, Mazlan Aliman wajar menjawab. Tak perlu jawab kepada umno atau bn, tetapi jawab kepada pas Maran. Kenapa modus operandi mencemar imej umno dan orang felda ini tidak ditaklimatkan lebih awal supaya pas Maran boleh 'cover up' cerita bohong mereka. Akhirnya kerana idea bodoh dan tindakan gelojoh mereka, gerombolan konvoi pemfitnah mereka kena 'backfire' oleh pemimpin sendiri. Malu satu hal, reputasi mereka di kalangan warga felda semakin merudum. Cuba baca apa kata timbalan yg dipertua pas kawasan maran ini.

TEMERLOH: PAS Kawasan Maran hari ini tampil menafikan sebuah berita yang dilaporkan akhbar Sinar Harian berkaitan keganasan terhadap seorang peserta Kembara Oren Selamatkan Felda di Felda Kampung Awah baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipetua PAS Kawasan Maran, Hasnan Harun, yang merujuk laporan akhbar Sinar Harian Edisi Pahang 25 Disember lalu di bawah tajuk “PAS Berang Noraza diikat”, berkata insiden berkenaan sebenarnya tiada kaitan dengan Kembara Oren.

“Sehubungan dengan itu pihak kami menafikan sumber berita tersebut datang daripada PAS Maran dan tiada sebarang kejadian tangkapan yang berlaku ketika konvoi sampai di Felda Kg Awah sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

“PAS Kawasan Maran juga menafikan sumber-sumber berita lain yang turut menyiarkan insiden seorang peserta konvoi di tangkap dan diikat  pada hari tersebut di Felda Kg Awah,” katanya dalam sidang media bersama AJK PAS Maran dan penduduk Felda Kampung Awah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan