Khamis, 27 Disember 2012


                                        



Lihatlah betapa pembohongnya pakatan. Sebagai modal untuk memburuk-burukkan umno, mereka mencipta idea bodoh kononnya umno ganas. Entah siapa yang mencetuskan idea bodoh ini, Mazlan Aliman wajar menjawab. Tak perlu jawab kepada umno atau bn, tetapi jawab kepada pas Maran. Kenapa modus operandi mencemar imej umno dan orang felda ini tidak ditaklimatkan lebih awal supaya pas Maran boleh 'cover up' cerita bohong mereka. Akhirnya kerana idea bodoh dan tindakan gelojoh mereka, gerombolan konvoi pemfitnah mereka kena 'backfire' oleh pemimpin sendiri. Malu satu hal, reputasi mereka di kalangan warga felda semakin merudum. Cuba baca apa kata timbalan yg dipertua pas kawasan maran ini.

TEMERLOH: PAS Kawasan Maran hari ini tampil menafikan sebuah berita yang dilaporkan akhbar Sinar Harian berkaitan keganasan terhadap seorang peserta Kembara Oren Selamatkan Felda di Felda Kampung Awah baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipetua PAS Kawasan Maran, Hasnan Harun, yang merujuk laporan akhbar Sinar Harian Edisi Pahang 25 Disember lalu di bawah tajuk “PAS Berang Noraza diikat”, berkata insiden berkenaan sebenarnya tiada kaitan dengan Kembara Oren.

“Sehubungan dengan itu pihak kami menafikan sumber berita tersebut datang daripada PAS Maran dan tiada sebarang kejadian tangkapan yang berlaku ketika konvoi sampai di Felda Kg Awah sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

“PAS Kawasan Maran juga menafikan sumber-sumber berita lain yang turut menyiarkan insiden seorang peserta konvoi di tangkap dan diikat  pada hari tersebut di Felda Kg Awah,” katanya dalam sidang media bersama AJK PAS Maran dan penduduk Felda Kampung Awah.

Ahad, 16 Disember 2012


nah, lihatlah senarai berikut. kt mana duduknya melayu yg dok bertanding dlm CEC dap baru-baru ini. semua melayu dlm dap nampaknya hanya umpama pecacai basuh berak dan tukang angkat najis sahaja. konon malaysian malaysia. apakah malaysian malaysia itu slogan untuk meletakkan melayu sebagai tukang cuci bontot?

senarai nama pemimpin Melayu dalam DAP yang 
terpilih dalam CEC

1. LIM KIT SIANG -1607 undi
2. LIM GUAN ENG -1576 undi
3. KARPAL SINGH - 1411 undi
4. CHONG CHIENG JEN- 1211
5. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202 undi
6. WU HIM VEN (VINCENT) - 1202 undi
7. TAN KOK WAI -1199 undi
8. GOBIND SINGH DEO - 1197 undi
9. PUA KIAM WEE (TONY)- 1162 undi
10.TENG CHANG KHIM- 1152 undi
11.FONG KUI LUN- 1137 undi
12.NGA KOR MING -1075 undi
13.CHONG ENG- 1006 undi
14.CHOW KON YEOW- 986 undi
15.LIEW CHIN TONG- 984 undi
16.M. KULA- 984 undi
17.BOO CHENG HAU- 958 undi
18.KOK SUH SIM (TERESA) -925 undi
19.TEO NIE CHING -903 undi
20.NGEH KOO HAM - 824 undi


tapi pada pandangan aku, keputusan CEC dap ini belum cukup menyedarkan pemimpin-peminpin pas bahawa dap tidak pernah ikhlas dalam memperjuangkan nasib kaum lain selain cina. agaknya putajaya yg dikejar-kejar itu terlebih penting dari perjuangan asal pas. entah la wahai pas, makin lama makin jauh dari matlamat perjuangan. dulu nk gadai sekarang terkinja-kinja.

Jumaat, 14 Disember 2012

Lynas lagi... tak sudah sudah 'goblok'nya

Kredit untuk blog Badut Rakyat. Blog ini mengupas perangai 'gonjol' dan 'goblok' mengalahkan mangkok hayun pencacai-pencacai anti Lynas yang langsung tidak menghormati keputusan mahkamah membenarkan Lynas menjalankan operasi. Punyalah 'bongok' sampai sanggup berjalan kaki dari Kuantan sampai KL semata-mata kerana tak puas hati dengan keputusan mahkamah. Sambil 'berjalan-jalan' makan angin dari Kuantan ke KL tu, siap hangkut berbagai gajet canggih yang mengandungi 'nadir bumi' untuk membuatnya. Kalau bukan "GOBLOK" apa lagi nak sebut. Ni aku copy paste dari blog Badut Rakyat untuk tatapan dan nilaian korang. Thanks blog BR.




Banyak blog dan media pro PR yang tidak tahu hujung pangkal cerita sedang memainkan kisah seorang warga tua keturunan Cina,Tuw Yin Lan,yang berumur 71 tahun dan dua rakannya yang ditahan oleh pihak polis di Pejabat Menteri Besar Pahang.Tuw Yin Lan yang merupakan peserta berjalan kaki anti Lynas sebenarnya ditahan mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 186 dan 189 kerana kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas serta cuba mendatangkan kecederaan.Tua atau muda seseorang itu bukan alasan yang kukuh untuk membiarkan kesalahannya apatah lagi bila Yin Lan dengan reaksi marah tiba-tiba menyerbu dan melakukan kekasaran termasuk cuba memukul MB Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob. Alasan dangkal lagi terserlah kebodohannya dari Ketua publisiti Himpunan Hijau,Lee Chean Chung kononnya wanita itu dan rakannya datang bertemu MB Pahang itu sekadar untuk meminta Adnan memohon maaf hanyalah satu pembohongan untuk menutup keterlanjuran mereka sahaja.Nak minta orang lain memohon maaf tidak perlu pun melakukan kekasaran,alasan rendah IQ lagi menampakkan kebodohan sendiri sahaja.Lagipun pihak polis tidak sebodoh itu untuk sengaja menahan seseorang individu hanya disebabkan individu tersebut datang menuntut maaf secara sopan dan beradat tanpa melakukan kekasaran.Pun begitu alasan,alasan dan dolak dalik bodoh sebegitu bukannya pertama kali dilakukan oleh kumpulan anti Lynas. 

Pada November 2012 yang lalu,selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membuat ketetapan muktamad memberi kebenaran kepada kilang pemprosesan bahan nadir bumi,Lynas untuk beroperasi secara sah,kumpulan anti Lynas yang disertai Yin Lan ini juga ada melakukan satu lagi tindakan serba bodoh.Mereka dengan sengaja telah mengambil tindakan yang menghina mahkamah apabila meneruskan bantahan terhadap Lynas diikuti dengan menganjurkan acara berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai protes terhadap kilang nadir bumi itu.Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku manusia yang waras,sepatutnya keputusan Mahkamah Tinggi itu diterima baik oleh semua pihak dan tidak ada sebab lagi untuk mempertikaikannya sekalipun atas alasan politik propaganda.Namun bagi segelintir rakyat negara ini yang terpengaruh dengan propaganda jahat pakatan pembangkang, seakan sudah menjadi tabie mereka untuk menolak proses timbang tara dan keadilan bila mana sesuatu keputusan kes itu tidak mengikut kehendak mereka. 

Menghina mahkamah satu hal,di masa yang sama sambil mereka berjalan di bawa pula bersama pelbagai alatan dan gadget elektronik yang komponen dalamannya diperbuat daripada bahan nadir bumi. Gah memprotes kilang pemprosesan nadir bumi tapi tidak pula kekok dan takut berhubung dengan rakan-rakan dan mengemaskini aktiviti protes mereka menggunakan smartphone,Galaxy tab dan pelbagai gadget lain. Bodoh satu ditambah satu lagi hipokrit.Tak cukup dengan itu, mereka cuba pula memperdaya pandangan khalayak kononnya aktiviti berjalan kaki 300 kilometer itu langsung tidak memerlukan sebarang kenderaan. Padahal kereta dan kenderaan 4x4 digunakan untuk mengangkut mereka dan hanya menurunkan semula peserta berjalan kaki itu bila tiba di kawasan dan jalan yang kelihatan ramai orang sahaja, kemudian video dan gambar dirakamkan untuk membuktikan konon kumpulan protes itu benar-benar berjalan kaki. Entah sampai bila kumpulan anti Lynas yang tidak sedar diri ini mahu tenggelam dalam halusinasi mereka sendiri, tak sudah-sudah berkelakuan bodoh dan cuba memperbodohkan orang ramai.