Isnin, 29 Oktober 2012


Pemimpin akar umbi Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.

'Dirasuk kepentingan peribadi'

Tambah Syed Ali lagi, jarang berlaku ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang khianat, sebaliknya membabitkan pemimpin termasuk yang pernah berada dalam kabinet.

"Saya percaya ahli-ahli Umno peringkat akar umbi tetap setia kepada parti, mereka ikhlas berjuang untuk parti," tegasnya sambil menyifatkan keadaan itu seperti "dirasuk kepentingan peribadi".

Syed Ali juga melihat penubuhan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan ahli ahli yang khianat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu setelah dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) di PWTC baru-baru ini.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakli MT yang tiada berkepentingan.-Mkini

Jumaat, 26 Oktober 2012



Ingatkan bila dah ditegur oleh Ibrahim Ali melalui Perkasa tempohari, Dewan Ulama Pas Kelantan akan menghentikan penulisan khutbah sembahyang hari raya yang mengajak umat Islam saling berpuak-puak, membenci sesama umat dan membenci kerajaan persekutuan. Namun apa yang berlaku, dalam khutbah Hari Raya Aidil Adha semalam, bukan semakin kendur malah lebih hebat. Mungkin untuk survival Pas kerana menjangka PRU13 sudah tak lama lagi. Walaupun tahu bahawa peranan sebagai batu api itu ganjarannya adalah api neraka. Demi kuasa dan Putrajaya semua itu dikesampingkan. Entah la Pas, apakah pengakhiran kepada hala tuju Pas yang semakin jauh terpesong...................................

Rabu, 24 Oktober 2012



Tony Pua fikir bahawa rakyat Selangor masih kekal bodoh dan dungu, hingga berkali-kali terus menipu dengan retoriknya walaupun sebanyak mana dia menipu sebanyak itu juga dia kantoi. Kali ini dengan dakwaan kerajaan pakatan dah bina begitu banyak rumah kos rendah untuk rakyat Selangor. Jumlahnya ribu-riban jugaklah. Fakta ini aku ambil sebijik dari blog Sahabat-Gunung. Kredit untuk empunya blog tersebut. (mohon copy paste bahan lu bro, gua tumpang je..

Dari blog Sahabat-Gunung;

Kenyataan  pakar ekonomi DAP, Tony Pua semalam bahawa Selangor telah siap membina 23637 buah kos rendah,  ini mengelirukan rakyat, khususnya penduduk Selangor ini.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon hari ini mempersoalkan kenyataan Tony tersebut, kerana rakyat Selangor nak tahu apakah benar kenyataannya bahawa sebanyak 23,637 buah kos rendah telah siap dibina di negeri Selangor.

“Setakat ini setahu saya, mana-mana saya pergi pun belum nampak pembinaan rumah kos rendah sudah siap. Di sini saya dapati pakar ekonomi DAP ini kena cari betul-betul ataupun patah balik belajar kerana jawapan atau kenyataannya merupakan satu penipuan yang mengelirukan semua penduduk di Selangor ini.

Dalam 23,637 unit yang dikatakan telah dibina, setakat ini saya nak tanya apa definasi rumah kos rendah? RM35 hingga RM42 ribu, itu dikatakan kos rendah melalui definisi Kementerian Perumahatan Kerajaan Tempatan (KPKT). RM42 ribu ke atas, dikira sederhana manakala RM75 ribu hingga RM100ribu itu sederhana atas,” ujarnya membidas kenyataan Tony Phua yang mengatakan Selangor telah siap membina 23637 buah kos rendah di Selangor.

Tambahnya, apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar Selangor selepas mereka memerintah, Khalid Ibrahim kata mereka akan bina 30,000 buah rumah kos rendah tetapi hari ini, apa yang ada Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Hulu Selangor, beliau mempunyai data yang tepat mengenai pembinaan rumah kos rendah di kawasan-kawasan tersebut.

“Dari 23,637, yang benar-benar sudah diduduki orang ialah 287 unit manakala 6352 dalam pembinaan. Lebih kurang 17,000 belum dibina lagi dan kalau belum dibina, mana datangnya rumah dan siapa pula yang menginap?

Ini sebenarnya satu penipuan, sama juga dengan MB yang mengatakan bahawa Manisfesto bukan janji. Kalau bukan janji, adakah pengundi di Selangor ini telah diperbodoh-bodohkan oleh MB, Tony Pua mahupun pakatan pembangkang ini sehingga terbentuknya kerajaan PKR, PAS dan DAP di Selangor ini.

Kalau kita lihat kembali kategori kos rumah ini, dari 30,000, mereka hanya bina 5612 buah, yang belum bina 4499. Rumah kos RM42ribu hingga RM75ribu, 2500 buah rumah tetapi rumah berharga RM70-RM100 ribu, ada 15ribu buah,” ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan nama Azman Ching di kalangan masyarakat dan pemimpin politik Selangor.  

Tambahnya, ertinya PKNS, kalau unit ini ingin membantu dari golongan keluarga miskin, pembinaan 15ribu unit rumah berharga RM70-RM100 ribu, ini bukan membantu keluarga miskin sebaliknya mereka bekerja dengan kontraktor yang lain, ini mengautkan keuntungan dan bukannya bantu keluarga miskin.

“kita kat Selangor, yang masih ramai orang yang miskin, kita kena bantu. Maka, mengapa rumah kos rendah ini bina hanya sepatutnya bina 30ribu unit, tetapi mereka bina hanya 5ribu unit?

Saya nak tanya Tony Pua, adakah dia mewakili Menteri Besar sewaktu beliau bercakap di dalam parlimen.  Adakah dia mewakili EXCO, Teresa Kok ataupun Ronnie Liu? Kalau dia tidak mewakili negeri Selangor, apakah jawatan dia bagi pihak negeri Selangor untuk menyampaikan kenyataan sebegini di Parlimen?.

Sebaliknya jika dia tidak mewakili MB ataupun kerajaan negeri Selangor, maka dia kena minta maaf. Dia kena minta maaf dengan rakyat Selangor, dia kena minta maaf kepada MB, Exco dan kerajaan negeri Selangor,” ujarnya yang juga Penyelaras BN DUN Pandamaran, Klang. .

....makanya rakyat Selangor, negeri tumpah darahku kena fikir banyak untuk mengundi pru13 ni. masih marah kpd bn hingga nk cuba sekali lg berkerajaankan pakatan, rasanya bodohlah. sekali kena tipu kira ok. kalau hari2 ditipu, bukan bodoh lg dah tu. istilahnya boleh carik sendiri.

AKU PETIK SEPERTI YANG DILAPORKAN OLEH SELANGOR DAILY.


Seperti yang diketahui umum semalam mantan MB Selangor Dr Mohd Khir Toyo mengambil keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah berhubung tindakan saman yang diambil oleh Ronnie Liu terhadap beliau pada tahun 2008.


Tindakan Khir itu mungkin menimbulkan rasa terkejut dan tidak puas hati daripada segelintir orang-orang UMNO atau penyokong-penyokong BN.



Pada pandangan kami di selangordaily.com tindakan yang diambil bukan bererti tuduhan yang dia lemparkan kepada Ronnie sebelum ini tidak benar, tetapi lebih kepada Khir tidak mahu memanjangkan kes untuk jangka masa yang panjang yang tentunya membuang masa, tenaga dan kos. Kerana seperti yang kita sedia maklum Khir sekarang sedang berdepan dengan cabaran lain yang lebih dahsyat dan hebat. Cabaran yang kami maksudkan adalah kesnya yang masih lagi berjalan di mahkamah.



Kami berpendapat jika Khir ingin meneruskan kes saman tersebut peluang untuk beliau menang agak cerah kerana beliau bercakap berdasarkan bukti yang ada. Oleh kerana tidak mahu membuang masa bertahun-tahun untuk melayan kes tersebut maka jika ada penyelesaian adalah lebih baik diselesaikan.

p/s: pada pendapat aku, tindakan khir toyo itu sesuai untuk dirinya yg kini bukan lagi pemimpin negeri, malah sedang berhadapan dgn kes yg mungkin akan menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara. maka tindakan meminggirkan kes2 yg hanya tambah memeningkan kepala, walaupun ada asas untuk menang adalah tindakan tepat walaupun tidaklah terlalu bijak. mana mungkin semua benda kita boleh dapat. nk dpt sesuatu kadang2 harus kita berkorban sesuatu. cuma jgn korbankan prinsip sudah... good luck khir.