Khamis, 8 November 2012



KUANTAN 8 Nov. - Keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang membenarkan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) beroperasi disambut dengan doa dan air mata kesyukuran oleh pekerja syarikat itu yang berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan sejak awal pagi ini.

Kumpulan pekerja dan penyokong Lynas kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.

Dalam masa sama, suasana menjadi sayu seketika apabila ada dalam kalangan pekerja LAMP menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.

Senyuman dan keceriaan juga jelas terpancar di wajah setiap daripada mereka berikutan loji memproses nadir bumi itu akhirnya dibenarkan beroperasi sekali gus meninggalkan segala kegelisahan sebelum ini berhubung kedudukan LAMP yang ditentang pihak anti-Lynas melalui pelbagai usaha.

1 ulasan:

  1. Tak terdaya juga nak buat pedoaah sokmo. Tindakan yang rasional biasanya datang kemudian selepas sendiwara emosional. Tinggal lagi adakah pihak yang rasional itu cukup stamina? Kalau tak cukup stamina, menanglah pendakyah. Apa-apa hal, kebenaran tetap menang juga. Syukur alhamdullilah.

    BalasPadam